22.1.10

Supplemen Pemakanan

Perlukah?? Daily ♥ 7 Minerals + 11 Vitamins + Phytonutrients. Leading health journals recommend that all adults take a multivitamin daily.
Nutrilite Daily contains 7 essential Minerals, 11 essential Vitamins, and the value-added nutritional benefits of phytonutrients, including alfalfa, watercress, parsley and Acerola cherries, making it a great choice to help fill in the nutritional gaps in your daily diet/food intake. Nutrilite Daily comes in 2 sizes:
60 tablets for 2 months
180 tablets for 6 months
PERLUKAH..... ♥ Kalsium adalah komponen utama tulang dan gigi, juga kuku, dan rambut!! Ia mempengaruhi pembekuan darah, penghantaran rangsangan saraf, pengekalan selaput sel, tindak balas enzim dan rembesan hormon.
* Orang daripada semua peringkat umur perlu mengganti kalsium yang secara berterusan dikumuh terutama kanak-kanak, remaja, wanita berumur 30-an ke atas, wanita hamil dan ibu-ibu yang menyusukan bayi.
* Keperluan tubuh terhadap kalsium tidak berkurangan malah sebenarnya bertambah dengan umur dan pada usia lanjut mungkin agak sukar untuk menggantikan kalsium tulang.
* Jaminan pemakanan yang baik ialah untuk mempastikan diet harian ditambah dengan kalsium. KENAPA + MAGNESIUM....
* Magnesium penting untuk sel yang sihat, pengeluaran protein dan fungsi buah pinggang yang normal.
* Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium.

USE IT, ♥ IT, SHARE IT....
* Penggunaan yang Disyorkan : Satu tablet harus diambil tiga kali setiap hari.
* 180 tablet. * Dibuat daripada bentuk-bentuk semula jadi kalsium karbonat dan magnesium oksida
* 3 Tablet sehari memberi 600 mg kalsium dan 400 mg magnesium, serta Pekatan Alfalfa NUTRILITE yang eksklusif. * Produk ini mengandungi alfalfa (medicago sativa).Contact me for more info.. :-)

PERLUKAH??
* Zat besi (iron) amat penting bagi lelaki/wanita yang menghadapi anemia.
* Disyorkan untuk semua wanita yang sedang menstruation ketika darah kehilangan dengan banyak.
* Amat penting bagi yg hamil terutama sepanjang 12 minggu pertama kehamilan, dan juga yang merancang untuk hamil, dan ibu2 lepas bersalin utk menambah dan kuatkan darah.
* Zat besi membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah anemia zat besi.
* Asid folik membantu mencegah kecacatan tiub saraf dalam janin.
* Satu tablet bersalut NUTRILOCK membekalkan 10 mg ferus fumarat dan ferus glukonat, dua bentuk zat besi yang bertoleransi dengan bagus dan mudah diserap; serta 0.133 mg folat.
USE IT, ♥ IT, SHARE IT...* Penggunaan yang Disyorkan : Ambil 1-2 tablet dengan sajian. Maksimum 2 tablet setiap hari. * 120 tablet.
AMBIL bersama Bio-C Plus..* Penyerapan zat besi dirangsang oleh Bio-C Plus.
PANTANG!!* Pengambilan kopi atau teh akan menghalang penyeapan zat besi. JAGA2..jgn terlebih dos sebab Dos yang tinggi boleh menyebabkan rasa loya, muntah, sembelit atau cirit-birit.

2.1.10

When you have to share...Resipi Berpantang

Resipi Berpantang

Secara umumnya, wanita di dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan laut (udang, ketam, sotong) kerana boleh menyebabkan kegatalan pada luka; telur boleh menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah.

Ikan yang boleh dimakan adalah dari jenis bersisik (tidak bisa) atau yang tidak menyebabkan kegatalan seperti ikan siakap, haruan (menyembuhkan luka), bawal putih/hitam, gelama dan ikan tenggiri.

Antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah seperti kubis, tebu, air kelapa dan buah anggur kerana akan menyebabkan tubuh sejuk atau 'berangin'.

1. SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk
3 ulas bawang merah - ditumbuk [A]
2 ulas bawang putih - ditumbuk [A]
2 sm halia - ditumbuk [A]
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang & daun sup - dihiris

Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.
b) Panaskan minyak jagung dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi. Masukkan air.
c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih.
d) Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

2. IKAN HARUAN ASAM KUKUS

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan - dibersihkan
1 cawan air asam jawa
3 sudu makan minyak jagung
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh gula pasir
1 sudu teh tepung jagung - campurkan sedikit air
1 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan - dihiris
Garam secukup rasa

Bahan kisar [A]:

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
1 sm lengkuas
1 batang serai - diketuk
1 sudu teh lada hitam - ditumbuk

Cara menyediakan:
a) Ikan digaul dengan garam dan serbuk lada hitam. Ketepikan selama 30 minit.
b) Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.
c) Masukkan air asam jawa, kicap cair, gula dan garam. Bila mendidih, masukkan pes tepung jagung, daun kesum dan bunga kantan. Kacau hingga pekat.
d) Sementara itu, kukus ikan haruan tadi sehingga masak. Letak dalam pinggan.
e) Apabila kuah mendidih, tuangkan atas ikan tadi sehingga rata. Hidangkan.

3. DAGING LADA HITAM
Bahan-bahan:
500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan.

4. PAIS IKAN TENGGIRI
Bahan-bahan:
2 potong ikan tenggiri (anggaran 400 gm) - dibersihkan
1 sudu teh asam jawa - campurkan 3 sudu makan air
1/2 sudu teh serbuk kunyit
3 helai daun pisang - dilayur
3 ulas bawang merah - ditumbuk (A)
1 biji cili merah - ditumbuk (A)
1 ulas bawang putih - ditumbuk (A)
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Satukan bahan A dengan serbuk kunyit dan air asam jawa. Tambah garam. Lumurkan campuran ini pada ikan hingga rata. Perapkan selama 30 minit.
b) Bungkus ikan ini dengan daun pisang. Bakar atas bara api atau dalam ketuhar dengan suhu 200 darjah C hingga masak. Angkat dan hidangkan.

5. IKAN SIAKAP PANGGANG
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
50 ml pati santan
1 batang serai - dikisar [A]
2 ulas bawang merah - dikisar [A]
1 sm kunyit hidup - dikisar [A]
1 ulas bawang putih - dikisar [A]
1 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula pasir
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam.
b) Letak ikan di atas aluminium foil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
c) Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan A hingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga pekat.
d) Kemudian masukkan garam dan gula pasir. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan dengan ikan siakap.

6. IKAN TENGGIRI GORENG HALIA
Bahan-bahan:
1 keping ikan tenggiri
4 sm halia - dihiris & digoreng
2 sudu makan minyak bijan
1-2 sudu makan kicap manis
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam

Cara menyediakan:
a) Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Biarkan selama 20 minit.
b) Panaskan minyak bijan dan goreng ikan sehingga garing. Ketepikan.
c) Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali. Masukkan ikan semula. Tuangkan kicap dan kacau rata.
d) Angkat ikan dan letak ke dalam pinggan. Taburkan halia goreng di atasnya. Sedia untuk dihidangkan.

7. IKAN GELAMA PANGGANG
Bahan-bahan:
1 ekor ikan gelama
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Sedikit garam

Cara menyediakan:
a) Ikan dibersihkan. Jika suka, kelar badan ikan supaya ikan cepat masak.
b) Gaulkan dengan garam dan basuh hingga bersih. Toskan.
c) Kemudian gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Panggang atas bara api hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.

8. AYAM KUKUS BERCUKA
Bahan-bahan:
8 ketul ayam
4 ulas bawang putih - ditumbuk
1 sm halia - ditumbuk
3 sudu makan cuka
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:

1 sudu makan ketumbar
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:
a) Lumurkan ayam dengan bawang putih, halia dan garam. Perap selama 30 minit. Kemudian kukus ayam sehingga masak.
b) Tuangkan cuka pada ayam dan taburkan bahan A. Kukus lagi selama 5 minit.
Nota: Masakan yang mengandungi cuka sangat baik diambil oleh ibu selepas bersalin kerana dapat mengecutkan perut dan rahim.

9. AYAM MASAK BIJAN
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dibuang kulit, dipotong & dibersihkan
4 sm halia tua - dihiris halus
3 sudu makan minyak bijan
1 - 2 sudu makan kicap manis
Sedikit garam
Air secukupnya

Cara menyediakan:
a) Panaskan minyak bijan dalam kuali. Tumis halia hingga wangi.
b) Masukkan ayam dan kacau rata. Tutup kuali dan masak ayam selama 20 minit dengan api kecil. Tuangkan sedikit air supaya tidak terlalu kering.
c) Akhir sekali, masukkan kicap dan kacau rata. Bila ayam masak, tutup api. Tambah garam jika perlu.

10. HATI MASAK BEREMPAH
Bahan-bahan:
300 gm hati lembu
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk rempah kari
1 sudu teh serbuk ketumbar
4 ulas bawang putih - dikisar [A]
2 ulas bawang merah - dikisar [A]
2 sm halia - dikisar [A]
1 sm lengkuas - dikisar [A]
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Hati lembu dipotong dan dibersihkan.
b) Gaulkan hati lembu dengan bahan A, garam dan serbuk rempah yang lain sehingga rata.
c) Perapkan semalaman di dalam bekas bertutup yang disimpan dalam peti sejuk.
d) Bakar dalam ketuhar pada suhu 200 darjah C selama 30 - 35 minit atau sehingga masak.
Nota: Hati lembu dipercayai menambahkan darah.

11. TUMIS SAWI PUTIH
Bahan-bahan:
5 tangkai sawi batang putih - dipotong
1 sm halia - dihiris
10 ekor ikan bilis - dibersihkan
1 sudu teh minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara menyediakan:
a) Tumiskan halia dan ikan bilis dalam minyak panas hingga garing.
b) Masukkan sawi. Kacau rata dan tuangkan air.
c) Tutup sebentar dan biarkan lembut. Tambah garam dan angkat.
Nota: Sawi putih membantu menambahkan susu ibu.

12. PERIA LADA HITAM
Bahan-bahan:
1 biji buah peria - dihiris
200 ml air
100 gm ikan bilis - dibersihkan
2 ulas bawang putih - dicincang halus
2 batang serai - diketuk
1 sm kunyit hidup - ditumbuk halus
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh serbuk lada sulah
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Masukkan semua bahan kecuali peria ke dalam kuali. Jerangkan.
b) Kacau sekali-sekala hingga mendidih.
c) Masukkan peria dan masak lagi hingga empuk.
d) Masakan hendaklah dikacau selalu bila bertambah pekat dan kering.

13. TEMPE GORENG KICAP
Bahan-bahan:
5 keping tempe - dihiris panjang
50 gm ikan bilis - dibersihkan
3 ulas bawang merah - dikisar [A]
2 ulas bawang putih - dikisar [A]
2 biji cili merah - dikisar [A]
1 sudu makan kicap pekat
1 1/2 sudu teh cuka
1 sudu teh gula pasir
Sedikit daun bawang - dihiris
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Panaskan minyak dan goreng tempe hingga separuh garing. Toskan.
b) Masukkan ikan bilis dan goreng hingga garing. Toskan.
c) Tinggalkan sedikit minyak dan tumiskan bahan A hingga wangi. Jika perlu, masukkan sedikit air.
d) Masukkan tempe, ikan bilis, kicap, cuka, daun bawang, garam dan gula pasir. Kacau rata dan masak hingga kering.

14. SUP SAYUR CAMPUR
Bahan-bahan:
400 ml air
200 gm brokoli
1 biji lobak merah
1/2 biji lobak putih
1/2 batan seleri
3 helai daun kubis
Secubit serbuk pati ikan bilis
1 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk [A]:
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh rempah biji
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan putih

Cara menyediakan:
a) Potong lobak merah, lobak putih dan seleri. Ceraikan brokoli menjadi berkelopak. Kubis pula dihiris kasar.
b) Panaskan minyak masak ke dalam periuk. Tumiskan bahan A hingga wangi.
c) Masukkan serbuk pati ikan bilis dan air.
d) Apabila mendidih, masukkan sayur-sayuran.
e) Bila sayur lembut, masukkan sedikit garam, kacau rata dan tutup api. Sajikan panas-panas.

15. Telur Kukus
Bahan
3 biji telur
1/2 cawan air
1 pokok daun bawang [racik]
2 tangkai cili merah [hiris]
1 s/b lobak asin [cincang halus]
garam

Cara
1. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam pinggan tahan panas.
2. Kukuskan selama 20 minit.
3. Angkat dari kukusan dan hidangkan semasa panas dengan nasi putih.

[Sumber: Variasi Sajian Sihat]

1.1.10

Set Bersalin Tropical Herbs, Jamu and Your Baby


mencari amway dealer
Set bersalin amway

012.272 1469 nnfakurazi@yahoo.com

HERBA vs JAMU...
Penyebab kuning atau jaundice pada baby baru lahir ialah kerana hati belum berfungsi dengan optimum. Bagi membantu bayi menguatkan hatinya, ibu mestilah menyusukan bayi 8-12 kali sehari.
Set Lepas Bersalin Tropical Herbs membantu ibu mendapatkan susu yang banyak supaya dapat menyusu dengan secukupnya.
Dengan meminum TEH HERBA sebagai tonik herba yang direbus dari hari ke-5 hingga 9, ibu melancarkan peredaran darah dan lebih sihat dan bertenaga untuk menyusu secukupnya.
To increase convenience in breastfeeding, the Tropical Herbs Capsules #1 helps the mommy restore her energy and to promote the production of breast milk.. This Tropical Herbs Capsule Herbs #1 is scheduled to be taken beginning from the 10th day. This is a perfect plan to reduce jaundice because this will help the mommy to produce enough milk and will help to keep the baby’s bilirubin level down and therefore reduce and eliminate jaundice. Also, mommy's breast milk is the ideal food for the baby. Then, Tropical Herbs Capsules #2 helps stimulate milk secretion, which also helps more in eliminating jaundice.



BABY'S WEAK LIVER CAUSES JAUNDICE
Hati bayi yang lemah menyebabkan kekuningan.

Ok now let's see about how Tropical Herbs help moms in breastfeeding, and thus reduce jaundice in babies.
Tentang jaundice, jangan bimbang sebab kebanyakan baby (dan bukan semua) dapat mild jaundice bila baru lahir sbb secara umumnya, baby's liver belum function betul2. Jadi, jgn risau sebab Jaundice akan resolve sendiri bila baby's liver dah mula kuat dan functioning at full speed. Cara nak kuatkan baby's liver, kalau BF baby, BF atleast 8 to 12 kali sehari for the first few days. Jaundice berlarutan kalau baby tak menyusu dgn secukupnya. Kalau BF babies, jaundice often sehingga baby usia 21 hari. Kalau formula-fed babies, jaundice often sehingga 14 days. Ini biasa dan harmless. Reading bilirubin yg normal ialah below 125. Utk bagi byk susu, rebus segenggam halba sampai didih, tapis, minum air halba suam2.. kalau nak lebih lengkap, ambil set tropical herbs yg lengkap utk bykkan susu dan galakkan pengeluaran susu..insyaAllah...

Almost all babies have mild jaundice in the first 2nd (14 days) and 3rd week (21 days) that is harmless, but in unusual situations the bilirubin level can get very high and might cause 'brain damage' ( Na'uzubillahiminzaalik). This is why newborns should be checked carefully for jaundice and treated to prevent a high bilirubin level BECAUSE actually jaundice is caused by an excess of a chemical called bilirubin. A safe reading of bilirubin level is below 125. HOWEVER physiological jaundice will resolve by itself once the baby's liver is functioning at full speed.

In breastfed babies, jaundice often lasts for more than 2 to 3 weeks (upto 21 days). In formula-fed babies, most jaundice goes away by 2 weeks (14 days).

Jaundice is more common in babies who are breastfed than babies who are formula-fed, but this occurs mainly in newborns who are not nursing well. If the baby is breastfed, the baby should be breastfed at least 8 to 12 times a day for the first few days.

If the mommy decides to postpone taking Tropical Herbs Set, she can continue taking the set by the end of 3rd week i.e. when the jaundice in baby is predicted to reside or the jaundice be gone forever...or wait till the jaundice is gone totally from the baby. Stopping to take Tropical Herbs set will NOT make the jaundice go anyway.

A baby's not-so-well-functioning-liver is what makes jaundice in babies regardless of makan jamu, atau herba ataupun tidak. Once the baby's liver is functioning at full speed, physiological jaundice will resolve by itself.

Source: Syarikat pengeluar (For Tropical Herbs) & Internet (For jaundice)

NOTE:
Memang betul baby's liver will have to work harder kalau nak handle herbs or jamu yg ibu ambil, but doesn't that make you baby's liver stronger??
Doctors with MD.. please advice accurately! :-)
Semoga perkongsian penerangan memberi manfaat kpd semua...
Peace.. and lots of love.. ♥
Azian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...