16.10.10

When U've got to share: Persediaan Kelengkapan Barangan Untuk Bersalin dan Dalam Pantang


Persediaan Kelengkapan Barangan Untuk Bersalin dan Dalam Pantang

Banyakkan ulang membaca doa yg dibaca oleh Nabi Nuh
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Ke Hospital Bersalin
1 beg pakaian
3 kain batik untuk dipakai
3 t-shirt
3 tudung/hijab
1 tuala mandi
1 tuala muka
1 tuala rambut
1 beg peralatan mandian / toileteries
1 set toileteries (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, sponge, syampu, sikat, sabun basuh, etc)
1 getah/klip rambut & 1 hairband (jika perlu)
2 bungkus tuala wanita / 40 keping
1 bakul untuk mengisi makanan/minuman
1 termos
1 botol besar air 4 liter / 3 botol besar air mineral
1 cawan / mug
1 bekas utk isi makanan
1 set makanan (roti, biskut, susu ibu)
1 file / beg dokumen (untuk mengisi pelbagai dokumen penting)

1 Set Bersalin Amway Tropical Herbs untuk Persediaan Dalam Pantang dan lain2 yg disenaraikan di sini..
Set Lepas Bersalin Amway yang lengkap - Sesuai utk normal birth dan caesarean birth
Set bersalin lengkap: tak panas, banyakkan susu, bentukkan badan dan turun berat, ketatkan keperawanan, harga patut,RM200++ rumusan 44 herba terpilih dan mustajab.

✔ 1.Tonik penguat (6 jenis herba) (10 uncang x 2g)
✔ 2.Pil herba awal (8 jenis herba) (60 biji x 300mg.)
3.Pil herba akhir (8 jenis herba) (80 biji x 300mg, ...)
4.Herba pembersih wanita (11 jenis herba) (20 uncang x10g)
5.Herba mandian (11 herba) (20 uncang x 10g)
6.Tapel/peramping (8 herba) (20 paket x 15g)
7.Param (9 herba) (15 paket x 15g)
8.Pilis (8 herba) (15 paket x 3g)
9.Minyak urut herba (9 herba) (60 ml)
10.Minyak telon herba asli (5 herba) (60 ml)
11. Percuma bengkung lepas bersalin (free gift - lebar, sedap pakai, zigzag, free size, selesa, merampingkan) Kalau berminat, PM saya...saya supplier set ni n bersedia bagi khidmat hantaran dan konsultasi. Harap mudah bersalin insyaAllah..amin..jaga diri..wassalam..TQVM.

15.10.10

When u've got to share: Persediaan Dalam Pantang


http://www.facebook.com/album.php?aid=594503&id=780265022
Keperluan Ibu Semasa Berpantang

Pakaian- Baju yang selesa, cotton, supaya tak mudah panas/berpeluh.
- Kain batik – senang pakai
- disposable panties - beli cukup untuk tempoh seminggu.
- pad hamil
- disposable breast pad
- nursing bra
- Stokin – untuk elak kaki kesejukan dan angin masuk ke badan
- Bengkung – bagus untuk menyokong perut dan mengempiskan perut

Penyusuan Badan
- Nursing bra/ Bra menyusu – memudahkan penyusuan dan tidak merosakkan bra jika menggunakan bra biasa
- Pad alas payudara - untuk elak dari bra basah akibat susu melimpah. Biasanya susu payudara di sebelah bayi tidak menghisapnya akan keluar susu. Dan untuk ibu-ibu mengalami bengkak susu.
- Pam perah susu (persediaan untuk ibu bekerja) – ada jenis manual, bateri dan eletrik dalam pelbagai jenama.
- Playtex / Bekas untuk letak EBM
- 'Sticker' untuk tanda tarikh/masa sesi mengepam

Set Lepas Bersalin Tropical Herbs
Set yg lengkap dgn 44 jenis herba tradisional terpilih..


#1.
Minuman tonik dari ramuan 6 jenis herba.. (hari 5,6,7,8,9) utk beri tenaga jadi kembali cergas dan bersihkan sistem peranakan, bersihkan darah beku dlm rahim, cepat sembuh bekas jahitan luar dan dalam, rawat tisu yang radang di rahim dan vagina, kuatkan badan, tingkatkan peredaran darah utk menyediakan rembesan susu


#2.

Kapsul ramuan herba2 pertama (8 jenis herba)

kapsul herba 1 (hari 10-25): pulihkan tenaga, galakkan pengeluaran susu yang byk

#3.
Kapsul ramuan herba2 kedua (8 jenis herba)
kapsul herba 2 (hari 26-44): rangsang rembesan susu yang byk, kecutkan tisu rahim dan otot bahagian sulit kewanitaan supaya kekal keremajaan luar dan dalam, kurangkan cecair berlebihan dlm bdn supaya pulihkan susuk badan luaran dan dalaman


#4.
Herba cucian perawan (uncang mengandungi 11 jenis herba)
Kekalkan kebersihan bahagian sulit kewanitaan, cegah jangkitan kuman, kurangkan radang, nyahbau badan terutamanya bahagian kewanitaan, legakan vagina akibat jahitan dan radang, kecutkan tisu vagina, cepat sembuh

#5.
Herba mandian (uncang 11 herba): menyegar, mencergas dan memberi tenaga semula tubuh daripada kepala ke hujung kaki, merehatkan, anti-radang, antifungus, antibakteria dan merangsang. herba-herba antiradang (eg tumeric domestica, curcuma xanthorriza etc) bantu legakan masalah kulit yang sedikit seperti gatal-gatal dan ruam, legakan otot yang letih dan sakit.

#6.
Minyak urut herba (9 herba): buang angin, rehatkan badan, rangsang peredaran darah, buang angin, hangatkan badan, rehatkan diri, antibakteria, antiradang dan antifungus.

#7.
Tapel/ peramping perut (8 herba): memejal dan kuatkan otot-otot dan tisu-tisu abdomen, ketatkan/kencangkan kulit perut menggelebeh, pejalkan kulit perut yang kembang, hilangkan parut atau tompok hitam di perut lepas perut mengecut.

#8.
param/penghangat badan (9 herba): hangatkan dan pulihkan kesejukan badan, tangan dan kaki, galakkan aliran darah ke kulit, hilangkan bendungan air, ruam kulit n gatal2.

#9.
pilis/penenang (8 herba): menenang dan menyamankan dahi, hilangkan sakit kepala akibat kurang tidur dan letih menjalani tempoh pantang dan menjaga bayi malam2/menyusu


#10.
Minyak Baby Herba Asli Tropical Herbs (5 herba): buang angin dan legakan kembung, tiada mentol dan metal salisilat, selamat utk bayi, kekalkan peredaran darah yang sihat pada kulit, kurangkan kembung perut, nyaman pada kulit, antibakteria, antifungus dan antiradang.

#11.
bengkung lepas bersalin guna dengan minyak urut dan tapel. sembuh dan kencangkan otot dan tisu abdomen, pejalkan kulit yang teregang di bahagian perut dan dada, dan dapatkan semula bentuk badan


Lain-lain Keperluan
- water heater - apa2 pun guna air suam
- seated toilet - elak mencangkung
- Tukang urut.
- Batu tungku Bagus untuk melancarkan peredaran darah, mengecutkan kulit dan rahim, membuang angin, memecahkan lemak dan pelbagai lagi.
- Buku-buku panduan/petua kesihatan untuk ibu lepas bersalin dan anak yang baru lain.
- Urutan - melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Sekiranya tidak diurut dalam tempoh ini kemungkinan badan akan berasa sengal-sengal. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala.
- Protein - protein dari soya, protein dari susu (low fat), produk tenusu (low fat), telur, dagin, ikan, ayam, kacang, bijirin dan kekacang.
- Kalsium-Magnesium - sangat diperlukan oleh ibu menyusu. Kalsium ibu diserap ke susu yg diambil oleh baby. Tambahan 1000mg kalsium diperlukan oleh ibu utk penuhi keperluan kalsium harian diri sendiri dan baby. Magnesium perlu utk bekerjasama dgn kalsium.
- Vitamins dan minerals lengkap (MultiVitamins and Multiminerals) - Di samping zat makanan yang lain, pengambilan vitamin perlu diawasi.
- Asid folik dan zat Besi - merupakan antara vitamin utama yang perlu ditingkatkan pengambilannya semasa penyusuan bayi.
- Air - penting utk ibu menyusu untuk penghasilan susu yang mencukupi. 2 liter sehari atau lebih.

Surah Al-Baqarah ayat 233 tafsirnya:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya".

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Luqman ayat 14 tafsirnya:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan dari awal mengandung hingga akhir menyusukannya dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; dengan yang demikian bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan ingatlah, kepada-Kulah jua tempat kembali untuk menerima balasan".

Selamat Berpantang!

Sumber: Dikompilasikan dari laman2 di Internet.

2.10.10

Kuning pada baby


Salam semua.. jaundice perlu ditangani dgn betul.. usaha utk mandikan baby dgn berbagai jenis daun memang dihormati sebab amalan turuntemurun, tapi perlu diingat sebab mengapa jaundice atau kuning berlaku. Bukan sebab jamu atau hantu, tapi sebab baby's liver belum function betul2, jadi colostrum ibu perlu diproses oleh baby's liver.. mmg baby akan kena jaundice..so jgn bimbang.. sbb kebanyakan baby (bukan semua) dapat mild jaundice bila baru lahir sbb liver mereka belum berfungsi dgn penuh..Strange as it is, tentang nak hilangkan jaundice, the ONLY way ialah bagi baby minum susu dgn cukup supaya nak kuatkan baby's liver ya. colostrum ibu ialah terbaik utk baby walaupun itu yg menyebabkan jaundice pd masa yg sama tapi jgn bimbang. kalau BF baby, BF atleast 8 to 12 kali sehari for the first few days ya. Jaundice berlarutan kalau baby tak menyusu dgn secukupnya ya. Kalau BF babies, jaundice often sehingga baby usia 21 hari ya. Kalau formula-fed babies, jaundice often sehingga 14 days. Ini biasa dan harmless ya. Jadi, jgn risau sebab Jaundice akan resolve sendiri bila baby's liver dah mula kuat dan functioning at full speed ya. Reading bilirubin yg normal ialah below 125. Utk bagi byk susu,utk info bykkan susu http://noorazianfakurazi.blogspot.com/2010/12/lactation-by-adilah-fakurazi-on-tuesday.html

1.10.10

Perkembangan Bayi Sejak Lahir hingga 12 Bulan


Sebagai ibu, kita selalu terfikir samada bayi kita boleh buat apa yang dia sepatutnya dan pandai buat. Maka kita pun bertanya rakan-rakan di FB ataupun doktor bayi tentang perkembangan bayi kita.
Kepandaian bayi normal meningkat seiring dengan umur. Contoh, bayi yang baru lahir tidak dapat melihat dengan jelas. Bila berusia 2 bulan, barulah bayi dapat melihat benda yang dekat, seperti wajah dan buah dada ibunya bila dia menyusu. Siring pertambahan umur bayi, ia dapat beransur-ansur melihat benda yang dikedudukan lebih jauh. Dan apa yang dilakukan bayi pada umur tertentu menjadi perhatian ibunya.

Di bawah ini secara berturut direkodkan setiap perkara yang mungkin dilakukan bayi pada setiap peningkatan bulanan umurnya. Namun Anda tidak perlu cemas jika pada umur tertentu bayi belum dapat melakukan seperti yang direkod di bawah ini. Umumnya bayi yang agak gempal agak ketinggalan dalam perkembangan pergerakannya. Dan ada bayi yang belum dapat meniarap atau berbalik, sudah dapat duduk sendiri.

Hal yang sering menggelisahkan Anda jika bayi Anda sudah berumur 1 tahun dan ia belum dapat berjalan. Bayi yang ketakutan (memiliki keberanian yang agak terhad) sudah lama dapat berjalan di box dengan pegangan, tetapi kadang-kadang sampai umur 20 bulan tidak berani berjalan tanpa bantuan. Hal yang demikian masih dianggap normal. Namun jika Anda merasa sangat bimbang terhadap hal tersebut, Anda dapat menannyakannya kepada doktor anak untuk dapat memeriksakan anak, apakah ia memiliki kelainan pada pusat sarafnya.

Bayi 1 bulan
Ia akan melakukan gerakan-gerakan yang merupakan refleks, seperti membuka mulut, mencari puting susu, menghisap, dan menelan. Jika pipinya disentuh, maka ia akan menggerakkan kepalanya ke arah yang sama. Ia sudah dapat tersenyum. Matanya diarahkan ke arah tertentu seperti dinding atau tingkap, kerana belum dapat melihat benda-benda yang terletak jauh dengan jelas. Ia sering kali memasukkan tinju dan jarinya ke dalam mulut. Ia memegang jari yang disodorkan pada telapak tangannya. Ia akan menangis jika merasa lapar. Jika ditidurkan dalam keadaan tengkurap, ia akan menggerakan kepalanya ke sisi. Tidur secara terus menerus, dan hanya bangun untuk disusui atau mendapat botol untuk dihisap.

Bayi 2 bulan
Ia sudah boleh miring ke kanan dan ke kiri. Ia sudah dapat membezakan muka dan suara. Dengan matanya, ia dapat mengikuti gerakan benda yang terletak di dekat matanya. Ia dapat memegang benda yang diberikan selama beberapa detik, dan melepaskannya kembali. Ia dapat meminta perhatian dengan menggerakkan lengan dan kakinya. Dan ia akan menghisap setiap benda yang dipegangnya.

bayi 3 bulan
Ia dapat mengangkat kepala dan tubuhnya jika diletakkan dalam posisi tengkurap. Memegang mainan dengan kedua tangannya. Ia melihat kesana-kemari, dan ia akan mencoba mencari suara atau muzik jika mendengarnya. Ia dapat duduk dalam beberapa waktu jika ditunjang. Ia menegakkan kepalanya ketika didudukkan, dan menangis jika ditinggal.

bayi 4 bulan
Ia sudah dapat memegang benda yang diletakkan di tangannya. Ia dapat menggeser tubuhnya untuk mencapai dan memegang benda. Memasukkan benda dalam mulutnya. Jika diangkat dalam posisi berdiri akan menginjak dengan kedua kakinya. Ia mulai mengoceh ('babbling', 'cooing') dan ketawa serta gembira bermain dengan mainan yang ada.

bayi 5 bulan
Ia akan berhenti menangis jika mendengar suara ibunya, menangis jika mainannya diambil. Dapat memindahkan benda dari tangan yang satu ke tangan lainnya. Ia meniru gerakan orang lain yang dilihatnya. Membawa kakinya ke mulut dan menghisap jari kakinya. Senyum dan membuat bunyi mengoceh untuk mendapat perhatian. Ia dapat ketawa di hadapan cermin.

bayi 6 bulan
Berbalik dari posisi telentang menjadi posisi tengkupan, atau sebaliknya. Bila didudukkan dapat duduk sendiri tanpa ditunjang. Ia suka menjatuhkan mainan yang diberikan, dan meminta untuk diambilkan kembali. Ia senang bermain dengan abang, kakak, atau temannya. Gembira jika didirikan, serta sudah mulai banyak mengeluarkan suara.

bayi 7 bulan
Dapat mengangkat badannya dengan tangan dan lutut. Menggeser badannya ke belakang (undur) atau ke depan (maju). Membawa mainan yang ia sukai terus menerus dan marah jika mainannya diambil. Mencuba untuk berdiri, suka membuat suara dengan mengetuk atau mengocok benda yang ada dalam genggamannya. Menarik-narik rambut dan telinganya, bermain dengan kakinya.

bayi 8 bulan
Ia sudah dapat merangkak, duduk tanpa bantuan, mengangkat badan dengan bantuan box, atau kerusi hingga dalam posisi berdiri. Memegang botol dan minum sendiri. Mendorong benda yang tidak ia sukai. Mengambil benda-benda kecil, berteriak memanggil orang lain.

bayi 9 tahun
Ia dapat berdiri untuk sementara saat tangannya dipegangi. Dapat duduk sendiri dan berpusing. Memasukkan jari-jarinya ke dalam lubang. Mengerti satu dua kata dan bereaksi jika diperintah.

bayi 10 bulan
Ia sudah dapat duduk sendiri tanpa bantuan. Merangkak dengan baik, naik di kerusi atau tangga rumah, berjalan dengan bantuan, mengangkat kakinya jika Anda sedang memakaikannya seluar. Meniru suara terbatuk-batuk. Mengatakan ”papa”, ”mama”, senang bermain dengan mainan tertentu, memegang makanan dan memakannya. Faham yang diperintahkan dan melakukannya, mulai takut terhadap orang yang tidak dikenal.

bayi 11 bulan
Berdiri lama tanpa bantuan. Berjalan jika dipegangi satu atau dua tangannya. Mengubah posisi berdiri menjadi duduk tanpa bantuan. Dapat memegang benda-benda kecil dengan ibu jari dan telunjuknya. Ia dapat menelan beberapa kali secara berturut-turut jika diberikan minum melalui cawan. Menggunakan kedua tangannya secara bersama-sama untuk melakukan fungsi yang berbeza, seperti mengambil benda dari tangan kanannya dan mengangkat badan dengan tangan kirinya. Takut bila didekati orang yang tidak dikenal, akan tetapi senang dengan anak lain. Faham lebih banyak kata yang diucapkan.

bayi 12 bulan
Banyak berjalan walau langkahnya belum stabil, banyak merangkak, banyak bermain dengan mainan yang ia sukai, senang membuka pakaiannya, merasa takut pada orang yang tidak ia kenal dan keadaan yang tidak biasa. Memegang pensil dan kapur untuk membuat coret-coretan. Untuk mengambil mainan, menghisap tangan dan memasukkan makanan dalam mulutnya lebih sering menggunakan tangan tertentu (kanan atau kiri). Menolak jika ditidurkan, dapat menuturkan 2 hingga 3 perkataan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...