11.10.09

Set Madu Manukah


 


Assalamualaikum,

Saya ingin memperkenalkan satu produk yang bukan saja dapat membantu agar wajah lebih awet muda, malah dapat menjadi penawar bagi pelbagai penyakit.


Ia bukan sejenis ubat, tapi adalah madu. Madu ini didatangkan khas dari New Zealand. Namanya Set Royal Jelly, Bee Pollen dan Madu Manuka.

Madu manuka ialah semula jadi 100% tulen yang pekat dan berkrim. Ia mempunyai rasa yang sangat unik yang lain dari yang lain. Rasanya seperti barli yang dicampur dengan gula, kemudian selepas memakannya ia mempunyai rasa seperti rasa gula melaka yang agak pekat. Selain itu, kandungan lembapannya juga kurang (12~18%) berbanding madu yang kurang kepekatan darinya (18~26%)

Madu Manuka berwarna krim gelap hingga ke perang gelap dan ia mempunyai aromanya yang tersendiri. Sifat antibakteria di dalam madu manuka juga lebih tinggi daripada biasa. Oleh kerana itu, ia sering digunakan sebagai ubat di rumah. Madu Manuka juga sesuai diambil bukan saja sebagai makanan tambahan yang dapat menambah tenaga. Malah ia juga rendah kalori serta kaya dengan enzim, vitamin dan mineral semula jadi.

Siapa yang perlu menggunakannya?
(1) Mereka yang mengambil berat terhadap kecantikan dan mahukan wajah yang nampak lebih muda
(2) Anak-anak yang lemah dan kurang selera makan
(3) Lelaki dan wanita bekerja yang sibuk dan sering mengalami tekanan
(4) Ibu yang hamil serta ibu yang menyusukan badan
(5) Pesakit yang sedang dalam proses penyembuhan dari penyakit yang serius
(6) Mereka yang ingin melambatkan proses penuaan
(7) Wanita yang sedang mengalami menopouse
(8) Orang yang mempunyai daya ketahanan terhadap penyakit yang rendah
(9) Orang yang tidak makan makanan dari sumber haiwan (Daging) - Ini kerana susu lebah sangat kaya dengan protein haiwan)
(10) Pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan

Cara menggunakannya
(1) Gantikan gula dengan madu ketika menyediakan minuman harian
(2) Campurkan sedikit madu ke dalam air sebagai minuman
(3) Masukkan madu ke dalam segala persediaan membuat kuih atau masakan harian. Keharumannya akan dapat membangkitkan selera anda
(4) Bagi mereka yang mempunyai masalah batuk atau asma, minum satu atau dua sudu madu dan kemudian minum air suam.
(5) Campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu bagi memulihkan tenaga.
(6) Bagi membantu kanak-kanak tidur lena, berikan mereka air yang telah dicampurkan dengan sedikit madu sebelum tidur.
(7) Ambil satu sudu madu bersama segelas air suam setiap pagi bagi kesegaran sepanjang hari.
(8) Sekiranya terkena sakit mata, titiskan sedikit madu pada mata.
(9) Sapukan sedikit madu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
(10) Bagi menghentikan pendarahan akibat terluka, sapukan sedikit madu ke atas tempat luka. Selain itu, ia mengelakkan dari jangkitan kuman.
(11) Ia juga boleh disapukan pada kulit yang melecur terkena air panas, api, ekzos motor dan sebagainya.
(12) Membantu mempercepatkan penyembuhan penyakit-penyakit kulit seperti kurap, kusta dan kudis.

Saranan
Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Selawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakin.

Satu botol 500gm. Kalau duduk kat area lembah klang boleh datang pick up atau kami hantar terus.

Khasiat madu lebah asli yang telah terbukti
(1) Membantu pemulihan tubuh badan
- Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
- Memulihkan sel-sel urat besar.
- Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
- Merangsang tenaga batin.

(2) Membersih dan menambah darah
- Membantu pembekuan darah dan melancarkan pengaliran darah.
- Membersihkan lapisan darah dari sisa toksin yang memasuki darah melalui pemakanan.
- Mengimbangi kandungan lemak serta mengaktifkan fungsi jantung.
- Membantu menghilangkan rasa kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

(3) Kanak-kanak
- Sekiranya diambil oleh ibu yang sedang mengandung/menyusu ia dapat membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
- Menyembuhkan cirit-birit dengan segera.
- Mengelakkan masalah kecacingan.
- Menguatkan minda kanak-kanak.

(4) Wanita
- Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
- Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

(5) Lelaki
- Supaya kelihatan lebih muda.
- Menguatkan tenaga batin.

(6) Bagi penghidap kencing manis, dengan menggantikan penggunaan gula kepada madu boleh membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.

(7) Untuk semua
- Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
- Memudahkan proses penghadaman dan lawas buang air.
- Memulihkan penyakit berpanjangan.
- Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
- Menyembuhkan penyakit dalam perut.
- Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
- Memulihkan batuk dan lelah.
- Menghindarkan badan letih dan lesu.
- Kurangkan kesakitan apabila datang haid.
- Baik untuk perempuan selepas bersalin.
- Membantu membaiki penglihatan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...