1. Syampu SUDZY (275ml) | |||||||
Buih yang banyak dan haruman yang menyegarkan. |
Tiada simpulan yang menyukarkan dengan Syampu Sudzy berserta perapi pelerai kusut tambahan! Syampu Sudzy dirumus khas untuk kanak-kanak dengan agen perapi yang menjadikan rambut anda lembut, licin dan tidak kusut. Rumusannya yang ringan dan lembut berkesan menanggalkan kotoran yang terkumpul dan menjadikan rambut kelihatan lebat dan beralun.
Campuran herba eksklusif kami mengandungi botani berikut:
- Chamomile dikenali kerana kesannya yang melega dan melembutkan rambut.
- Kalendula yang diekstrak daripada bunga Marigold mempunyai kesan yang melegakan pada kulit kepala dan kesan mengilatkan pada rambut.
- Biji karot menambahkan keanjalan dan kilatan pada rambut.
- Elder flower untuk melega dan melembutkan rambut.
- Mir bertindak sebagai pelembut.
Diuji oleh pakar dermatologi dan oftalmologi.
|
Gel Mandian Sudzy yang baru telah dirumus supaya sangat lembut dan masih memberi pembersihan yang terperinci dan perapian kulit semula jadi untuk kanak-kanak. Kanak-kanak pasti akan menyukai bau haruman buahnya sambil anda diberi jaminan bahawa campuran agen pembersihan yang tersangat ringan akan menanggalkan kotoran dengan lembut daripada kulit yang sensitif, menjadikannya bersih dan rapi.
Mengapa Gel Mandian Sudzy disyorkan untuk kanak-kanak?Apa yang menjadikan ia begitu berbeza?
Mengandungi gel Aloe Vera yang tulen: Aloe vera telah diguna zaman berzaman kerana kuasa penyembuhnya, ciri-ciri kelembutan yang menenangkan dan antiradang. Daripada mengguna pelembap tiruan, Gel Mandian Sudzy yang sangat lembut membelai kulit halus dengan ciri-ciri gel Aloe Vera tulen yang melega, antibakteria dan sangat melembap.Tidak seperti banyak produk yang hanya menampilkan Gel Aloe Vera tulen daripada seluruh daun yang lebih kuat daripada gel yang diekstrak hanya daripada hujung daun.
Tidak mengandungi sabun dan pH seimbang: umumnya produk yang berasaskan sabun adalah bersifat alkali dan tahap pH yang tinggi ini boleh menyebabkan keketatan kulit yang tidak selesa. Bagi kanak-kanak, pH yang sangat tinggi ini mungkin menyebabkan calaran dan seterusnya radang.
Tidak perlu bimbang lagi! Gel Mandian Sudzy tidak mengandungi sabun! Ejen campuran pembersihan yang lembut akan membersih dengan lembut kulit yang halus tanpa menyebabkan kekeringan, keketatan atau radang. Banyak produk sabun mandi atau produk berasaskan sabun mungkin mempunyai pH 9 atau lebih. Ini boleh membawa kepada kekeringan dan keketatan kulit, terutamnya untuk kanak-kanak atau orang yang berkulit sensitif. Gel Mandian Sudzy mempunyai pH dengan julat dari 5 hingga 7, untuk melengkapi tahap pH semula jadi kulit kita.
Tambahan pula, Gel Mandian Sudzy juga disyorkan gel mandian harian untuk individu yang berkulit sensitif atau pelbagai gangguan kulit. Rumusan yang sangat lembut ini membersih dengan lembut tanpa merengsa kulit sensitif manakala Gel Aloe Vera menenang dan melegakan kulit yang terengsa.
No comments:
Post a Comment